Sunday, August 14, 2022

Lagi cincin lekat di kemaluan, Bomba selamatkan ‘kejantanan’ lelaki 45 tahun di Hospital Umum Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Tindakan seorang lelaki menyarung kemaluannya dengan sebentuk cincin mengundang padah apabila ia gagal dilucut dan terpaksa dikejarkan ke Jabatan Trauma dan Kecemasan, Hospital Umum Sarawak untuk prosedur keselamatan.

Lebih parah, sebelum itu, mangsa cuba memotong sendiri cincin tersebut mengunakan sebilah gunting namun, gunting tersebut melekat sekali dengan cincin terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, sebelum itu, mangsa yang berusia 45 tahun telah datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang untuk bantuan.

“Bagaimanpun disebabkan bimbang usaha ini akan mencederakan mangsa, mangsa ditemani tiga anggota dikejarkan dengan ambulans EMRS menuju Hospital Umum Sarawak, yang terletak kurang lima minit dari balai.

Kata Ling Hii, sebelum kerja-kerja menyelamat dijalankan, mangsa diberikan ubat pelali.

“Pihak bomba kemudian dibantu pihak Hospital Umum Sarawak telah melaksanakan pemotongan menggunakan peralatan khas, iaitu ‘air grinder’ dan ‘tabung udara ‘breathing apparatus’.

“Kerja-kerja pemotongan dilakukan sehingga cincin itu berjaya dikeluarkan sepenuhnya, sebelum mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru