Saturday, May 21, 2022

Tony Fernandes tingkatkan penerbangan Air Asia ke Sarawak

Kagum akan komitmen dan aspirasi Abang Johari majukan Sarawak secara digital

Secara Rawak

KUCHING: “Saya berharap banyak Ketua Menteri seperti anda dan penyelidik di Melbourne dapat mengeklon anda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes dalam ucapan pembukaannya dalam Sarawak Dialogue 2018.

Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang disifatnya memiliki dedikasi dan aspirasi yang mengagumkan.

“Saya percaya kepada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Daripada mimpi, idea baharu, keinginan untuk berubah dan mengambil risiko, tiada yang mustahil.

Katanya, banyak pihak tidak mempercayai beliau ketika mengambil alih Air Asia, malah mentertawakannya tetapi beliau cekal.

“Kami bermula dengan membeli syarikat itu pada 2001 dengan harga RM1 dan hutang RM7 juta, dua pesawat dan 250 kakitangan.

“Kami bermula dengan memperbaharui jenama; saya dan Kamaruddin Maranun menukar logo syarikat daripada logo burung sebelumnya, dan kepada jenama Air Asia baharu berwarna merah.

“Kami juga memperkenalkan airasia.com untuk segala jaringan komunikasi termasuk pasaran dan ternyata transformasi ekonomi digital ini amat membantu kami,” katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk “Fly High” atau “Terbang Tinggi.”

Hari ini katanya, Air Asia berkembang dengan begitu signifikan kepada lebih 300 pesawat dan lebih 20 ribu kakitangan.

Tahun ini katanya dengan lima juta pelawat dijangka ke Sarawak, pihaknya akan meningkatkan 20 peratus tambahan penerbangan ke negeri ini.

“Kita mengunjurkan lebih tiga juta penumpang akan terbang ke sini dari pelbagai arah termasuk dari Shenzen (China) dan Pontianak (Indonesia).

Air Asia tegas, telah menghubungkan negeri ini kepada 23 lapangan terbang domestik dan antarabangsa, menerusi 460 penerbangan setiap minggu.

“Malah seramai 54 juta penumpang telah datang dan keluar dari Sarawak sejak 2002.

“Kerana itu, kita menaruh harapan yang tinggi agar Terminal Penerbangan Kos Rendah di Kuching akan menjadi kenyataan dan ini akan membantu menukarkan kawasan ini sebagai hub penerbangan murah rantau ini.

“Konektiviti adalah kunci kejayaan untuk bisnes ini, dan ia termasuk sektor pelancongan dan pemasaran,” jelasnya lagi.

Menjawab soalan umum dalam sesi bersemuka yang dikendalikan oleh Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang, Tony memberitahu punca Air Asia tidak menggunakan jambatan udara di beberapa lapangan terbang di negeri ini adalah disebabkan ‘kesuntukan masa’, kerana keluar melalui satu pintu mengambil waktu panjang.

“Keluar dari dua pintu adalah lebih mudah dan pantas, kecuali Malaysia Airports Berhad menyediakan jambatan berkembar.

Beliau turut membayangkan akan memanjangkan khidmat Air Asia hingga ke rantau Afrika, apabila pesawat Airbus baharu tiba dalam tempoh dua tahun akan datang, katanya ketika menjawab soalan dari peserta Ghana. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru