Saturday, May 21, 2022

SEDC Sarawak bina dua lagi projek hotel bertaraf antarabangsa di Kuching, Lundu

Secara Rawak

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) kini melaksanakan pembinaan dua lagi projek baharu berkait perhotelan di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Husin berkata, dua projek itu ialah sebuah hotel bertaraf lima bintang bersebelahan Medan Selera TopSpot yang kini sedang dalam pembinaan.

“Satu lagi projek yang dalam perancangan ialah sebuah resort bersepadu di Tanjung Datu.

“Projek ini akan memfokus kepada pasaran mewah berkait kesihatan dan fasiliti pemulihan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Riverside Majestic Sayap Astana di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Aziz menambah sektor pelancongan dan hospitaliti menjadi pelaburan terbesar SEDC dengan nilai menjangkau RM540 juta atau 74 peratus daripada nilai keseluruhan
pelaburan agensi itu.

“Agensi ini telah melibatkan diri dalam sektor ini sejak 1970-an melalui pembukaan Holiday Inn Kuching pada 1976, sebelum mengembangkannya kepada Holiday Inn Damai Beach pada 2008.

“Kini, SEDC turut mempunyai Damai Puri Resort dan Spa, menjadikan jumlah keseluruhan bilik yang ditawarnya adalah sebanyak lebih 1000 buah,” katanya.

Sayap Astana yang dirasmikan ini terletak di kawasan strategik di Segi Tiga Emas Kuching, mempunyai 272 bilik mewah termasuk Suite Astana dan Kelab Eksekutif serta tiga bilik acara.

Ia turut mempunyai jambatan udara yang mempengaruhi dua sayap iaitu Sayap Puteri, iaitu bangunan Riverside Majestic lama. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru