Saturday, June 25, 2022

Pilih ikon bola jadi calon PRU-14 satu usaha terdesak Pas

Secara Rawak

ALOR SETAR: Pemilihan Pas kononnya  mahu memilih bekas pemain bola sepak, Radhi Mat Din akan menjadi calon PRU-14 dilihat satu usaha terdesak, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaifol Hazizy Zainol Abidin.

Menurutnya, Pemuda UMNO Kedah menegaskan orang ramai tidak harus dikaburi mengundi sesebuah kerajaan berdasarkan kepada ikon semata-mata kerana ini adalah keputusan untuk memilih pemimpin bukan memilih idola.

“Begitu juga dengan seorang bekas pemain bola sepak, Akmal Rizal Ahmad Razali yang dibawa parti PPBM berceramah di atas pentas mereka saya lihat satu lagi usaha terdesak menarik sokongan terhadap parti baru itu,” ujarnya dalam satu kenyataan semlam.

Menurut Shaiful Hazizy, kalau mengundi bersandarkan kepada ikon semata-mata, ikon tersebut tak boleh buat kerja, ikon tersebut tak boleh menyelesaikan masalah rakyat.

“Bagi saya, apa yang akan jadi selepas ini ialah, rakyat yang akan teraniaya. Saya nasihatkan rakyat negeri Kedah, jangan jadikan ikon itu sebagai ukuran yang utama untuk memilih calon. Sebaliknya, pilih parti yang ada track record,” katanya.

Barisan Nasional (BN) dan UMNO, katanya, merupakan parti yang mempunyai masa depan berdasarkan kepada perancangannya dan sejarahnya.

BN seperti contoh sudah merangka pelan yang terbaik dan sudah  track record sendiri yang baik dan stbail berbanding pakatan parti pembangkang.-theRakyat

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru