Saturday, June 25, 2022

Mufti ulas baiah Pas: Nak berpolitik boleh… tapi hingga ceraikan isteri, apa benda?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Tak sepatutnya wujud taklik lafaz cerai terhadap isteri, kalau nak berpolitik boleh, tak salah tapi hingga ceraikan isteri, apa benda?” komen Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria ke atas tindakan PAS mahu melaksanakan sumpah baiah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Memetik laporan Sinar Harian, Harussani berkata lafaz sumpah yang hanya melibatkan janji bersama parti politik dibenarkan, namun yang menjadi persoalan ialah apabila ia melibatkan lafaz cerai terhadap isteri.

“Masya-Allah apa kena-mengena politik dan isteri?” persoal beliau mengulas tindakan Majlis Syura Ulama PAS pada Sabtu lalu yang mengekalkan lafaz sumpah baiah kepada calon mereka menjelang PRU14.

Dalam kenyataannya menurut akhbar tersebut, Harussani menambah, “kalau nak baiah atau janji untuk tidak menentang, tidak belot kepada perjuangan parti politik itu boleh.”

Sabtu lepas, media nasional melaporkan, Majlis Syura Ulama sedia menyelaraskan sumpah baiah semua calon yang bertanding pada PRU14.

Dalam kenyataan tersebut, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, sebarang penambahan termasuk lafaz taklik penceraian talak tiga bergantung kepada keperluan dan ia akan diteliti sebelum dimuktamadkan.

Menurut beliau, setiap calon termasuk bukan Islam yang bertanding menggunakan nama Pas juga perlu melafazkan baiah atau sumpah taat setia sebagai janji mengikut syarat ditetapkan parti. –Sarawakvoice

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru