Tuesday, May 11, 2021

Pas sedia menangi kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU14 ini

Mesti baca

SEJAK bertapak di Sarawak pada 1996, Parti Islam Semalaysia (Pas) sentiasa berkembang dan telah menawan hati segelintir rakyat di Bumi Kenyalang ini dengan membawa mesej Islam.

Penglibatan dan sumbangan yang dibawa oleh ahli Pas kepada penduduk setempat tidak dapat dinafikan lagi.

Pelbagai aktiviti kebajikan yang merealisasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera dilaksanakan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan taraf sosial.

Pas mula-mula bertanding peringkat Parlimen pada 1999 di Batang Sadong, menunjukkan Pas mempunyai potensi yang cerah apabila mendapat sokongan lebih 2,000 pengundi walaupun buat kali pertama menurunkan calon pada ketika itu.

PRU13, Pas Turunkan Lima Calon Parlimen

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lepas, PAS dengan yakin menurunkan calonnya di lima Parlimen iaitu Kota Samarahan, Batang Sadong, Tanjong Manis, Igan dan Sibuti.

Seperti dijangka, Pas dapat memberikan saingan kepada calon BN, malah dengan sokongan luar biasa di Kota Samarahan dan Sibuti.

Pada PRU ke-14 ini, berbekalkan semangat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2016, momentum bertanding di 11 DUN akan menjadi pemangkin untuk Pas Sarawak bertanding lebih di lima kerusi Parlimen.

Walaupun Pakatan Harapan (Harapan) akan mewakilkan Parti Amanah Negara (PAN) di kerusi yang “dikosongkan” oleh Pas di lima kerusi PRU lepas, Pas tidak sesekali membiarkan PAN bertanding satu lawan satu menentang BN.

Pas Sarawak yakin pengundi di kerusi tersebut tetap memilih Pas berbanding PAN yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi.

Malah, Harapan dikatakan tidak dapat menawarkan sesuatu yang dapat menawan hati rakyat Sarawak yang inginkan pendekatan politik yang matang dan sejahtera.

Malah, Pas juga dapat memberi saingan lebih kuat berbanding PRU yang lepas dan kemungkinan boleh menang sekiranya Ahli Parlimen yang sama kekal dicalonkan oleh BN bertanding pada kali ini.

PRU14, Pas Atasi PAN, Harapan Dan Sedia Menangi Kerusi Parlimen

Kerusi seperti Batang Sadong, Tanjong Manis, Igan dan Sibuti pastinya memberi kelebihan kepada Pas kerana rekod dan pencapaian Ahli Parlimen sedia ada ini akan menjadi batu lonjakan buat sokongan rakyat kepada Pas.

Kegagalan mereka menggunakan kesempatan menjadi Ahli Parlimen lebih dua penggal memberi kelebihan kepada Pas yang mampu menjadi pilihan utama berbanding PAN kerana pengalaman mentadbir negeri Kelantan yang seimbang antara kemajuan dengan keharmonian rakyatnya.

Kerusi lain seperti Petra Jaya, Santubong dan Batang Lupar pasti sedia menampilkan calon berwibawa dari Pas sebagai tambahan lima calon sedia ada.

Sarawak berpotensi melahirkan sekurang-kurangnya seorang Ahli Parlimen daripada Pas pada PRU 14 kali ini.

ini berdasarkan sambutan rakyat dengan isu nasional yang mampu memberi kelebihan kepada Pas yang berani berjuang tanpa perlu mengikut telunjuk Harapan yang sering kali dilihat sebagai merugikan Islam. — Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru