Monday, June 27, 2022

Jatuh tujuh tangga amat memalukan, calar maruah

Secara Rawak

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kedudukan Malaysia yang jatuh sebanyak tujuh tangga dalam Indeks Persepsi  Rasuah rasuah (CPI) di bawah Greece daripada 180 buah negara amat memalukan dan menjatuhkan maruah Malaysia.

Baru-baru ini Transparency International- Malaysia (TI-M) menyatakan kemerosotan skor Malaysia daripada 49 kepada 47 dan berada di penarafan ke-62 bagi CPI adalah yang buruk.

Tegas Mahfuz, kedudukan ini menjadikan prestasi negara yang terburuk dalam tempoh lima tahun lepas.

“Apa yang sepatutnya dilakukan SPRM ialah tindakan kepada perasuah negara bukannya meminta perasuah berkuasa berikrar lawan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sikap pilih memilih SPRM terhadap rasuah antara faktor indeks rasuah negara jatuh merudum walaupun menangkap beratus-ratus orang sehari.

“SPRM perlu buktikan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia bebas dari kepompong pemimpin kleptokrat, korup, menindas, menyeleweng, rasuah dan salah guna kuasa, mesti bertindak tegas dan bertindak adil kepada semua pihak, tanpa mengira siapa dan latar belakang,” katanya lagi.

Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar  dilaporkan berkata, masalah atau isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, Tabung Haji dan Felda menjadi punca penurunan skor dan ranking bagi negara ini.

Mahfuz berkata, tiada nilai Malaysia menjadi sebuah negara maju, membangun, tetapi dari sudut integriti kualiti Malaysia sama seperti negara dunia ketiga sahaja.

“Jika Malaysia berterusan dalam keadaan begini, bukan CPI ala SPRM yang perlu dibentuk, tetapi SPRM baru dengan struktur, peranan, tanggungjawab yang lebih telus dan bebas perlu dibentuk. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru