Saturday, June 25, 2022

Abg Johari umum RM55 juta tangani hakisan, bekalan air bersih untuk Simunjan, Gedong

Secara Rawak

SIMUNJAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan kerajaan negeri sudah mengenal pasti lokasi bagi mendirikan Jambatan Batang Lupar bernilai RM1 bilion yang merupakan pelengkap kepada jalan pesisir di negeri ini.

Abang Johari memberitahu seterusnya akan dibina Jambatan Krian, Saribas, Batang Lassa terus ke Tanjung Manis dan Matu Daro termasuk Lingga, Sri Aman, Betong yang bersambung dengan Lebuh Raya Pan Borneo.

Abang Johari membayangkan jalan pesisir ini nanti berpotensi membuka kawasan tanah menjadi pusat ekonomi untuk rakyat terutama penduduk di luar bandar.

Berucap pada majlis perasmian Program Inovasi Rakyat@Simunjan di pekarangan Dewan Mesra Simunjan pada Sabtu, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan RM55 juta untuk projek bagi kepentingan penduduk Simunjan dan Gedong.

Abang Johari berkata, sebelum ini beliau diberitahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri bahawa Simunjan dan Gedong diancam hakisan tebingan sungai.

Foto : OUTLed & PAVE

Justeru, beliau meluluskan RM10 juta untuk Simunjan dan RM15 juta untuk Gedong bagi tujuan menangani ancaman hakisan berkenaan.

Abang Johari berkata beliau juga memperuntukkan RM30 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air bagi penduduk di Lubok Punggor, Lubok Buntin dan Tanju.

Pada majlis tersebut Abang Johari turut mendedahkan kerajaan negeri dalam perancangan menaik taraf jalan dari Jambatan Batang Sadong menuju Pekan Simunjan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru