Wednesday, December 7, 2022

Video “anjing” Namewee hidang adegan tak senonoh, cuba burukkan pemerintah — GUAM

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnaen Mahdar menyelar video Namewee yang dikatakan menghidangkan adegan tidak senonoh ditonton oleh masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Menurut Zulkarnaen video tersebut secara jelas memaparkan sepasang lelaki menggunakan topeng anjing melakukan perbuatan tidak senonoh.

Sementera, Namewee membayangkan anjing di Malaysia kononnya menyalak berbunyi “mari wang”, manakala bunyi salakan anjing di negara lain lebih baik berbanding anjing di Malaysia.

Dalam kenyataan, Zulkarnaen menyifatkan ia sebagai cubaan memburukkan pentadbiran negara ketika ini.

Zulkarnaen turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang dianggap cetek kerana kononnya kerajaan menghalang Namewee berkarya.

“Adakah Hanipa bersetuju dengan perbuatan lakonan lucah serta tidak senonoh seperti adegan sepasang lelaki di awal video tersebut?” tanya Zalkarnaen lagi.

Zulkarnaen berkata, kerajaan sentiasa menyokong industri filem negara dan menggalakkan rakyat berkarya melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia termasuk Finas, tetapi bukannya dengan menghasilkan video berunsur lucah dan menghina seperti itu.

Bagi Zulkarnaen tindakan Namewee menghasilkan video “Like A Dog” dilihat sebagai cuba memutar belit perayaan Tahun Anjing kali ini dengan menghina nilai peradaban timur.

Zulkarnaen bertanya, “adakah Namewee tidak rasa bersalah apabila memasukkan adengan sepasang lelaki yang memakai topeng anjing melakukan perbuatan tidak senonoh di awal video tersebut.”

Beliau mendesak pihak polis kali ini mengambil tindakan tegas membawa Namewee ke muka pengadilan.

Sebelum ini Namewee pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik video lagu Negaraku bertajuk “Negara Kuku” selain lagi “Oh My God”. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru