Tuesday, December 6, 2022

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$103.6 bilion pada 15 Feb

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$103.6 bilion (AS$1=RM3.91) pada 15 Feb, 2018 berbanding AS$103.7 bilion pada 30 Jan, 2018.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkenaan berkata rizab itu memadai untuk membiayai 7.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa berkenaan ialah rizab mata wang asing (AS$97 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset berkenaan termasuk emas dan tukaran wang asing serta rizab lain termasuk SDR (RM419.06 bilion), kertas kerajaan Malaysian (RM4.46 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM8.38 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.55 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM10.28 bilion), kata BNM– BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru