Friday, August 19, 2022

Polis kesan penjenayah jual, lupus barang curi dalam laman Mudah.my

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Polis mengesan terdapat kecenderungan penjenayah menjual atau ‘melupuskan’ barangan yang mereka curi dalam laman sesawang terkenal Mudah.my.

Sehungan itu orang ramai terutama pembeli yang ingin membeli barangan terpakai yang berharga secara dalam talian diminta agar mendapatkan dokumen pembelian asal daripada penjual bagi mengelak daripada terbeli atau disiasat kerana menyimpan barangan curi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam kegiatan tersebut.

” Adalah menjadi satu kesalahan bagi mereka yang terlibat dalam melupus, membeli dan menyimpan barang curi. Polis mengesan ada penjenayah yang cuba menjual (melupus) barangan yang mereka curi dalam Mudah.my ” tegasnya pada theRakyat.com.

Rabu seorang penjenayah berjaya ditangkap setelah cuba menjual peralatan kamera yang disamunnnya dari seorang jurufoto portal Malaysiagazette.com.

Suspek sebelum itu dipercayai cuba membuat urusniaga melupus peralatan itu melalui laman sesawang berkenaan sebelum ditumpaskan sekumpulan anggota polis dan beberapa jurufoto yang juga rakan mangsa di Cheras petang semalam.

Menurut Fadzil, mereka yang berbuat demikian boleh disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan (KK) kerana menerima atau menyimpan harta curi secara tidak jujur, Seksyen 412 KK kerana menerima secara tidak jujur harta yang dicuri dalam rompakan – berkumpulan, Seksyen 414 KK kerana menolong menyembunyikan, memindah, menghapuskan apa-apa harta curi.

Tambahnya, suspek juga boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Kecil (AKK). – theRakyat.com

SAC Fadzil Ahmat

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru