KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Tabung skim ini diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad, anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ADAM50 yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu adalah adalah inisiatif kerajaan bersama PNB untuk menggalakkan pelaburan sejak kecil lagi.

Skim ini dikhaskan untuk bayi yang lahir pada 1 Januari tahun ini hingga 31 Disember 2022 dengan peruntukan dana sebanyak RM200.

ADAM50 adalah pendekatan mewujudkan budaya melabur dalam kalangan rakyat, juga bagi memastikan rakyat mempunyai tabiat melabur untuk jaminan masa depan.

Terdahulu, semasa sesi perkongsian #Bajet2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Pusat Perubatan UKM, secara berseloroh, Najib berkata, ADAM50 juga menggalakkan penambahan kadar kelahiran negara. – theRakyat.com