Wednesday, September 22, 2021

Najib ucap tahniah kepada pelumba Malaysia pertama MotoGP

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang muncul sebagai pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan MotoGP Dunia musim ini.

“Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh,” kata Najib menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau, semalam.

Hafizh Syahrin, 23, pelumba yang diberi jolokan ‘Pescao 55’ mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 tahun ini.

Pelumba yang berasal dari Selangor itu akan berganding dengan bekas juara dunia Moto2 2016, Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.– BERNAMA

Foto : Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Secara Rawak

Artikel Terbaru