Nasib Sarawak, Sabah dibedah di Kuala Lumpur esok

0
5

KUALA LUMPUR: Perbincangan meja bulat mengenai pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan diadakan di sini pada Khamis yang menampilkan penyelidik dan penganalisis terkemuka tanah air.

Menurut jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN) perbincangan berkenaan  akan mengupas tajuk  ‘’PRU-14: Barisan Nasional Kekal atau…?’

Katanya, tiga sesi akan diadakan.  Sesi pertama bertajuk ‘BN, Pakatan Harapan dan PAS: Siapa atas siapa? yang menampilkan Profesor Datuk Sri Syed Arabi Idid (UIAM), Prof Dr Mohd Fuad Jali (UKM) dan Prof Rohana Yusof.

Sesi kedua bertajuk ‘Sabah dan Sarawak dalam PRU-14: ‘Antara Politik Pembangunan dan Perubahan Politik’ akan menampilkan Prof Jayum Jawan (UPM), Prof Madya Dr Jeniri Amir (UNIMAS), Dr Arnold Puyok (UNIMAS) dan Dr ZainiOthman (UMS).

Sesi ketiga ialah ‘BN vs PH vs PAS: Siapa untung, siapa penentu’ yang menampilkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Kamarudin Mohd Nor (PH) dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki (PAS).

Sesi berkenaan akan dikendalikan oleh moderator dari AstroAwani, iaitu Ashwad Ismail dan Hans Yusof, serta Datuk Zaini Hassan dari Utusan Malaysia.

Rumusan akan dilakukan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Prof datuk Seri Dr Mohamed Mustafa ishak dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). — Sarawakvoice