Saturday, June 25, 2022

Mustapa: PAS gagal bawa perubahan di Kelantan

Secara Rawak

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed rakyat negeri ini sudah sedar kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak berjaya melakukan perubahan kepada negeri itu sebagaimana yang diimpikan mereka.

Justeru, menurut beliau, rakyat Kelantan semakin jelas mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir negeri ini dengan harapan berlakunya perubahan yang lebih baik.

“Mereka ingin melihat BN mengambil alih untuk melakukan perubahan dan membela mereka. Tempoh 28 tahun Pas memerintah tidak banyak perubahan, maka kami BN bekerja keras membela rakyat Kelantan termasuk melalui PRU14 (Pilihan raya Umum Ke-14) akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Sepetang Tok Pa (Mustapa) Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan di sini,semalam.

Mustapa berkata terdapat ramai di kalangan penyokong PAS menyatakan kesediaan untuk bersama-bersama dengan BN melakukan perubahan kepada negeri itu.

“Mereka sudah muak dengan perpecahan antara Pas dan Amanah yang semakin hebat serta tidak memberikan keuntungan kepada rakyat dan kita berterima kasih ke atas kesediaan mereka itu,”’ katanya.

“Mereka tidak perlu menjadi anggota UMNO, namun apa yang penting undi BN apabila tiba masanya nanti (PRU14),” katanya lagi.

Ujarnya berikutan tanda perubahan yang semakin hari semakin hebat, UMNO di Kelantan akan terus berusaha untuk melakukan perubahan yang diimpikan rakyat itu.

Sementara itu, Mustapa berkata NGO di Kelantan turut mempunyai peranan besar dalam menyampaikan mesej perubahan kepada rakyat negeri itu untuk memberikan sokongan kepada BN pada PRU14.

“Beberapa NGO telah menjelajah ke seluruh negeri ini untuk menyampaikan perubahan yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan BN di negeri ini,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru