Hujan diramal sepanjang hari di Sarawak, amaran ribut dan angin kencang di perairan utara

0
13

KUCHING: Sarawak dijangka mengalami suasana basah apabila hujan dijangka turun di satu dua tempat pada pagi ini manakala ribut petir berlaku pada sebelah petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya sekitar jam 7.30 pagi tadi memberitahu, hujan turut dilaporkan di satu dua tempat pada sebelah malam.

“Pada masa yang sama, amaran ribut petir dikeluarkan di perairan Utara Sarawak, yang dijangka berterusan sehingga lewat pagi hari ini.

“Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya. –Sarawakvoice

Gambar hiasan