Wednesday, November 30, 2022

Buru pemfitnah Nancy hingga ke lubang cacing — Fatimah

Secara Rawak

KUCHING: Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam mahu pihak yang memfitnah dan menghina Naib Ketuanya, Datuk Seri Nancy Shukri diburu hingga ke lubang cacing.

Ketuanya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, tindakan menyamakan Nancy yang juga menteri persekutuan sebagai ‘pelacur’ adalah perbuatan yang ‘keterlaluan’ dan ‘melampau’.

“Sehubungan itu kita mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab ini dan mendesak pihak berkuasa mencari si pelaku hingga dapat dan mengheretnya ke muka pengadilan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat sulung pergerakan itu di pejabatnya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penularan di media sosial akan status satu akaun di atas nama Lie Willies yang memuat naik poster Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dengan tulisan ‘Bumiputra akan mencuri kalau tidak dibantu kerajaan, secara rasmi dicalonkan Anugerah Kenyataan Terbodoh Menteri’.

Dalam akaun tersebut, Lie Willies turut memuat naik status: “Dia ni kalau tak jadi menteri memang menjadi pelacur,” yang dimuat naik pada 17 Februari jam 12.21 tengah hari.

Fatimah berkata, kenyataan yang dibuat pada 2015 itu telah diambil dari luar konteks oleh wartawan media pembangkang dan diputarbelitkan.

Berikutan kenyataan memalukan itu juga, laporan polis telah dibuat oleh pihak pejabat Nancy sendiri, selain orang awam.

Pada 18 Februari lalu, Polis Sarawak mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar, pihaknya sedang menyiasat kes ini sebagai fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, dan Seksyen
233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

“Kita akan mengenal pasti pemilik akaun yang membuat kenyataan tersebut dan menahannya untuk siasatan,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi status akaun facebooknya, Nancy melahirkan rasa amat terharu dengan segala perkataan yang baik dan sokongan yang diterimanya.

“Terima kasih semua yang memberi kata semangat.

“I really appreciate all the kind words from each and everyone of you, especially to those who went the extra mile to lodge police reports and also to my fellow party members who had press conference and made their stand in the postings.

“Just incase I did not mention your names, my apology. I read your postings with your kind words. I really appreciate them. May all of you have His blessings. Thank you.” –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru