Saturday, June 25, 2022

Hadi lupa sejarah, Amanah wujud selepas Pas lunak mahukan UG — Zolkharnain

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Abdul Hadi lupa sejarah penubuhan Amanah dan tak nampak realiti gerak kerja politik Amanah masa kini,” kata Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Ustaz Zolkharnain Abidin di Facebook beliau pada Isnin.

Zolkharnain memberi reaksi berhubung kenyataan Hadi dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia, mendakwa penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) memecah-belahkan umat Islam.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menganggap Amanah meletakkan calon di kerusi ditandingi Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang memecahkan undi Melayu dan memberi talian hayat kepada Umno.

Zolkharnain mendakwa Amanah wujud 2015, selepas Pas dilihat semakin lunak dengan Umno melalui gagasan Kerajaan Perpaduan (UG), kata

“Lupakah Abdul Hadi kepada rundingan belakang tabir dan pertemuan rahsia pemimpin Pas dan Umno yang berlangsung bukan sekali?” tanya Zolkharnain.

“Kalau Abdul Hadi lupa, bolehlah dia merujuk kepada Nasharuddin Mat Isa (bekas Naib Presiden Pas), Nik Abduh dan Nasruddin Hassan,” tambah beliau lagi: “Tentu mereka tahu dan ingat. Takkan mereka pun lupa juga?”

Dalam kenyataannya, Zolkharnain menyifatkan keputusan Hadi sebenarnya yang memecah-belahkan umat Islam.

Menurut beliau, pemimpin Pas yang tidak setuju dengan langkah Pas selepas itu, sudah keluar Pas dan kini bersama Amanah.

Beliau bertanya lagi mengapa Pas yang buat, tapi Amanah yang kena?

Zolkharnain menegaskan Amanah wujud ekoran politik dangkal Pas yang menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) pecah selepas memutuskan hubungan politik dengan DAP dan PKR melalui muktamarnya.

Ujar Zolkharnain lagi, selepas itu Pakatan Harapan diwujudkan sebagai ganti kepada PR. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru