TEHERAN: Sebuah pesawat penerbangan awam mengangkut sekitar 66 penumpang dilaporkan jatuh di pergunungan Zagros dekat kota Semiron, di Isfahan, Iran pada Ahad.

Menurut BBC, selain membawa puluhan penumpang, pesawat itu juga membawa dua petugas keselamatan dua pramugari, juruterbang serta kopilot

Pesawat miliki Aseman jenis ATR 72-500 itu dalam penerbangan menuju Teheran dan Kota Yasuj.

ISNA mengutip jurucakap badan darurat Mojtaba Khaledi, bahawa helikopter penyelamat tidak dapat mendarat di lokasi tragedi kerana keadaan berkabus tebal.
Petugas cuba mencapai wilayah tersebut mengguna jalan darat.

Press TV melaporkan pesawat tersebut menghilang dari radar 50 minit setelah berlepas dari Mehrabad di barat Teheran.

Teheran mendakwa sekatan Amerika Syarikat membuat pihaknya tidak mampu membeli pesawat dari negara Barat. –Sarawakvoice

foto : Dailymotion/ Gambar hiasan