Tuesday, May 11, 2021

Sikap tolak ansur penting untuk jamin kesejahteraan masyarakat

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  PAS sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur terutama melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Menurut Ketua Muslimatnya Wan Hasrina Wan Hassan, sikap toleransi dan saling memahami adalah struktur yang penting bagi kita mewujudkan Malaysia yang sejahtera.

“Perbezaan tidak perlu diperbesarkan sehingga menyumbang kepada perpecahan. Sebaliknya dijadikan obor semangat untuk saling melengkapi demi menjamin kesejahteraan negara dan mengembalikan hak rakyat yang makin diratah tanpa segan silu,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina.

“Semoga kerjasama dan kesatuan yang telah lama wujud tersemat tetap teguh,” katanya.

“Ketika masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan meningkatnya masalah moral, institusi keluarga yang berpecah belah dan kadar jenayah yang makin menggila, masyarakat Cina tetap tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan,” katanya.

Dewan Muslimat PAS Selangor mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2018 kepada semua masyarakat Tionghua umumnya di Malaysia dan khususnya di Negeri Selangor.

“Semoga kehadiran Tahun Baharu kali ini membawa kebahagiaan,  kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh kehidupan keluarga dan rakyat Malaysia,” katanya.

“Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor sentiasa mendoakan agar keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk akan terus kukuh dan erat ke arah mewujudkan Negara Sejahtera dan Berkebajikan,” tambahnya. –Sarawakvoice 

Secara Rawak

Artikel Terbaru