Monday, November 28, 2022

Dr Sim minta ahli DAP kembali ke pangkuan SUPP

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bukan hanya meminta supaya Parti Rakyat Bersatu (UPP) kembali ke pangkuan parti tertua itu, tetapi juga ahli DAP.

Ini kerana, katanya, kebanyakan wakil rakyat DAP mempunyai akar dan asal dalam SUPP.

Kata Dr Sim, contohnya, ayahanda Pengerusi DAP Chong Chieng Jen, iaitu Chong Siew Chiang pernah menjadi ahli SUPP.

“Saya tidak hanya menyeru kepada ahli SUPP. Jangan hanya bataskan kepada kumpulan kecil. Kita mahu perpaduan dan keutuhan Sarawak, maka kita seru kepada semua orang,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka SUPP di Ibu Pejabat SUPP, semalam.

Ketika ditanya adakah pemimpin UPP telah memberi reaksi  kepada seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg supaya pemimpin dan ahlinya kembali ke pangkuan SUPP, Dr Sim berkata pemimpin SUPP sentiasa menunggu mereka dengan tangan terbuka.

Abang Johari dalam ucapan di majlis perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 11 Februari lalu, meminta kedua-dua parti terbabit supaya melupakan perbalahan demi perpaduan kepada Barisan Nasional (BN) Negeri memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Parti satu itu, pakailah baju kuning semua, jadi kita bersatu. Apabila bersatu, parti kita kuat dan Sarawak juga kuat…” ujarnya yang juga Pengerusi BN Negeri merujuk kepada UPP supaya kembali ke pangkuan SUPP.

Sementara itu, Dr Sim berkata, golongan muda perlu juga menyertai SUPP, kerana dalam tempoh 10 tahun akan datang, sekitar 70 peratus daripada pemimpinnya akan bersara.

Usaha untuk memperkukuh parti, menurut beliau perlu bagi memastikan masyarakat Cina di Sarawak diwakili dengan baik. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru