Saturday, December 3, 2022

Tiada lesen memandu dikesan dalam Ops Tahun Baharu Cina -JPJ

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tiada lesen memandu merupakan kesalahan utama dilakukan pengguna jalan raya yang dikesan sepanjang Ops Tahun baharu Cina 2018, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.
Beliau berkata, sejak operasi itu dijalankan 9 Feb lepas, sebanyak 334 kes melibatkan kesalahan itu telah dicatatkan sehingga hari semalam.

Katanya, kebanyakan pemandu yang tidak memiliki lesen itu disebabkan sikap mereka yang enggan mendapatkan lesen tersebut.

“Sikap enggan mengambil lesen memandu yang sah ini membimbangkan kerana kebiasaannya individu yang terlibat kemalangan tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina 2018 di Plaza Tol Batu di sini, semalam.

Dalam operasi itu, beliau berkata sebanyak 1,065 motosikal diperiksa dengan 197 tindakan diambil terhadap penunggang motosikal.

“Antara kesalahan dilakukan ialah tiada lesen memandu, dan tiada cermin sisi,” katanya.

Operasi bersepadu selama empat jam bermula 8.30 malam itu disertai 93 pegawai dan anggota daripada JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia. -BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru