Sunday, September 25, 2022

PAS: Keputusan tak kerjasama dengan UMNO, PH bukan kerana Azmin

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Keputusan  PAS menyertai pilihan raya umum (PRU) ke-14 bersama Gagasan Sejahtera dan bukannya bersama Umno atau Pakatan Harapan ialah keputusan Muktamar PAS di Alor Setar 2017 kemudian diperakui oleh Majlis Syura Ulama PAS, menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim.

Katanya,  tindakan itu diambil bukan kerana mana-mana pemimpin dalam Pakatan Harapan seperti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menutup pintu kerjasama dengan PAS.

“Parti PAS ada prinsip tersendiri dalam membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Fakta sebenarnya ialah, Azmin yang beria-ria nak ajak PAS berunding supaya tak berlaku pertembungan PAS – PKR di Selangor.  Dia pun boleh baca bagaimana masa depan politiknya di kerusi MB tanpa PAS,” katanya.

“Pelik juga bila Azmin bercakap dengan nada bagaikan PAS yang terhegeh-hegeh nak minta belas ihsan Azmin dan PKR untuk menghadapi PRU 14. Statement Azmin sebenarnya terbalik dari fakta sebenar,” ujarnya.

Beliau menegaskan PAS tak dipengaruhi oleh sesiapa dalam membuat keputusan.

“Bila Muktamar dan MSU dah buat ketetapan, semua PAS negeri akan patuh tanpa terkecuali. Inilah kehebatan PAS,” katanya. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru