Saturday, December 3, 2022

Kerani tuduh ular telan wang RM400,000

Secara Rawak

ABUJA: Kerani jualan di Nigeria digantung tugas selepas dia memberitahu juruaudit bahawa seekor ular menelan wang dalam simpanannya berjumlah 36 juta naira atau senilai AS$100,000 (hampir RM400,000).

Philomena Chieshe bekerja di pejabat dewan peperiksaan Nigeria dengan tugasnya mengumpul yuran peperiksaan.

Chieshe menuding pembantu rumah serta rakan kerjanya menggunakan ilmu hitam menggunakan ular untuk mencuri wang.

Badan Pentadbiran dan Matrikulasi memberitahu BBC bahawa mereka menolak alasan aneh tersebut dan memulakan prosiding tatatertib terhadap Chieshe.

Badan tersebut sedia menyiasat Chieshe dan kehilangan wang tersebut dan mensyaki Chieshe sebenarnya terlibat dengan rasuah.

Di Twitter, netizen yang mengikuti perkembangan berita pelik ini berkomentar: “Hitung berapa lama diperlukan seekor ular menelan 36 juta Naira…”

Komen lain berbunyi: “Ular tersebut sangat letih kerana menelan wang sebanyak itu dan ular akan berkata, ‘saya menelan wang sepanjang malam. Bolehkan cadangkan tempat yang bagus untuk bersantai?” –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru