Sunday, December 5, 2021

Addy Asyraaf yang dikunjungi PM pada 2016 meninggal dunia semalam

Secara Rawak

KUCHING: Tepat 26 hari selepas menyambut ulang tahunnya kelapan tahun, seorang pesakit Allagile Syndrome (penyakit hati), Addi Asyraaf menghembuskan nafas terakhir semalam.

Addy pernah mencipta sejarah apabila dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2016 di kediamannya di Kampung Bintawa Tengah, bagi memenuhi impian anak kecil itu, yang sangat berhasrat untuk bertemu mata.

Najib tiba sekitar jam 4.15 petang pada Ahad, ketika Sarawak di tengah-tengah kesibukan Pilihan Raya Negeri.

Sebelum itu, keinginan Addi Asyraaf yang ingin bersemuka dengan idolanya itu mula tersebar melalui laman sosial apabila ibunya, Zurina Jamil, 39, memuat naik hasrat anaknya itu menerusi Facebook, yang kemudian mendapat perhatian Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Khairun Aseh.

Zurina dalam respons segera selepas itu melahirkan perasaan syukur kerana akhirnya permintaan anak kecilnya yang sakit sejak berumur tiga tahun itu berjaya ditunaikan.

“PM dah tunaikan impian Asyraff sekarang alhamdulillah sekarang dah tertunai dan terjawab.

“Pada mulanya saya tak percaya, tapi dah ‘real’ depan mata (bersyukur) telah dapat tunaikan hsrat Asyraff,” katanya.

Sejurus mendengar perkhabaran sedih itu, Najib menulis pada statusnya: “Saya masih ingat April 2016 saya berpeluang bertemu Addi Asyraaf, cukup gembira dia hari itu. Ibunya kata memang impian Allahyarham nak berjumpa dengan saya. Takziah kepada keluarga, saya doakan roh Addi dicucuri rahmat. Al-Fatihah.” — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru