Thursday, December 9, 2021

Teruskan amalan kunjung-mengunjung Tahun Baharu Cina — Abang Jo

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berharap rakyat negeri ini yang berbangsa Cina yang terjejas kerana banjir besar baru-baru ini, dapat kembali kepada kehidupan normal dan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Dalam perutusan videonya, Abang Johari berharap sambutan tidak terjejas bermula dengan makan petang dan mengukuhkan semangat kekeluargaan, selain merancang kemakmuran pada masa depan.

“Saya menyeru rakyat pelbagai kaum di negeri ini mengekalkan perpaduan dan kohesif yang sedia ada dengan mengunjungi serta menziarahi rakan-rakan berbangsa Cina yang meraikan sambutan ini dengan rumah terbuka.

Beliau juga berharap Tahun Anjing yang disambut pada tahun ini membawa kemakmuran dan kesihatan yang baik kepada semua. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru