Perjanjian Malaysia: Abang Johari hargai sikap rasional Najib

0
8

KUCHING: Ketua Menteri malam tadi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mempunyai pandangan yang terbuka dalam perundingan berkaitan hak dan autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Datuk Seri Najib mempunyai pandangan yang rasional,” kata Datuk Patinggi Abang Johari dalam rancangan khas ‘Bersama Ketua Menteri Sarawak’ yang disiarkan melalui TV1 malam tadi.

Rancangan itu dikendalikan oleh moderator terkemuka Sayed Munawar Sayed Mustar.

Perdana Menteri dalam beberapa majlis d Sabah dan Sarawak sebelum ini menyatakan, jika kausa Sarawak yang yang terambil secara sengaja atau tidak sengaja oleh kerajaan persekutuan, maka beliau bersedia menyerahkan balik hak tersebut kepada negeri terbabit.

Terbaharu pada ucapan perasmian di Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pada Sabtu lalu, Najib mengulangi pendirian yang sama.

“mengambil hak orang lain berdosa. Jika hak kita orang lain ambil, juga berdosa,” kata Abang Johari dalam rancangan sejam itu.

Beliau ditanya tentang pelbagai isu, termasuk tentang ekonomi digital, peranan Bank Pembangunan Sarawak (DBoS),  dan perhimpunan PBB yang selesai Ahad lalu.

Berkaitan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani 55 tahun lalu itu, Abang Johari berkata perundingan perlu terus dibuat antara beliau dengan Najib, apatah lagi secara kebetulan ayahanda mereka berdua telah menandatangani perjanjian itu 55 tahun lalu.

“Ayahanda beliau tandatangani, ayahanda saya juga tandatangani, maka kami perlu berunding,” katanya. — Sarawakvoice