Saturday, October 23, 2021

Chong Wei lapor polis isu video seks libatkan dirinya dengan wanita tak dikenali

Mesti baca

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara bertaraf dunia, Datuk Lee Chong Wei membuat laporan di Bukit Aman petang Selasa meminta polis menyiasat klip video seks mengaitkan dirinya dengan wanita tidak dikenali.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu kini masih di ambang puncak; ketika filem biopiknya “Lee Chong Wei: Rise of the Legend” turut bakal mengadakan tayangan perdana dengan versi tambahan berdurasi 133 minit, 9 Mac ini di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

China Press melaporkan Chong Wei memberi keterangan tiga jam di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berakhir 6 petang.

Chong Wei menafikan lelaki dalam video seks itu bukan dirinya dan memetik New Straits Times, beliau mendakwa isu itu dimulakan pihak tertentu berkemungkinan mahu melihat beliau gagal.

Menurutnya, mulanya beliau tiada rancangan memberi maklum balas berkaitan isu tersebut, tetapi kerana ia semakin tidak terkawal beliau terpaksa membuat laporan polis.
“Sentiasa ada orang tak suka dengan kejayaan anda dan ini cara mereka cuba menjatuhkan anda. Saya tidak bimbang, tetapi kadangkala ia buat kita marah,” ujar Chong Wei.

Pada Mac ini, acara Tayangan Perdana Sedunia Lee Chong Wei dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, ditayangkan menerusi layar gergasi Led.

Filem tersebut memaparkan kisah perjuangan pemain badminton nombor satu negara itu. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru