Thursday, December 9, 2021

Azmil pelakon “Ali Setan” meninggal dunia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pelakon popular 1980-an Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar 1 tengah hari tadi di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam.

Azmil sebelum ini terkenal menerusi filem Ali Setan, dipercayai meninggal dunia sewaktu dalam tidur.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak; Shamira, Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil mula merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

Anak Allahyarham, Bazli berkongsi berita pemergian Azmil menerusi BH Online:

“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami. Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,” umum Bazli. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru