Tuesday, October 4, 2022

‘Rafizi, kuatkan semangat. Jangan kecewa,’ nasihat Mahathir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kata-kata semangat  untuk Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dijauhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah  Seksyen kerana mendedahkan penyelewengan pinjaman RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama 22 tahun menasihati Rafizi  supaya bersabar dalam perjuangan.

“Rafizi, kuatkan semangat,” katanya  dalam mesej ringkas menerusi video yang disiarkan laman Facebook beliau

“Jangan berasa kecewa. Kita berjuang mungkin mengambil masa, mungkin menang, mungkin kalah, tetapi perjuangan mestilah kita teruskan untuk bangsa dan negara,” katanya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dijatuhi hukuman penjara     didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), enam tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar  enam hari lalu turut menjatuhkan hukuman sama terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi.

Mahkamah, bagaimanapun, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan..

Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.

Rafizi, 41, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat  and  Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan pemberita akhbar. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru