Pelajar maut terkena kipas traktor pemotong rumput

NEGERI SEMBILAN: Seorang pelajar maut manakala dua lagi cedera terkena bilah kipas traktor pemotong rumput di padang sebuah sekolah menengah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10. 30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14 cedera di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

Manakala dua lagi rakannya yang cedera dikenali sebagai Abdullah Azlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 tahun.

Rakan penulis yang berada di Negeri Sembilan dan tinggal berhampiran tempat kejadian memaklumkan kejadian berkenaan berlaku ketika pelajar terbabit berada di atas padang dan pada masa yang sama sebuah traktor pemotong rumput sedang beroperasi memotong rumput.

Difahamkan pada masa tersebut pelajar sedang mengadakan aktiviti di padang sekolah.

Ketua Polis Daerah Tampin, Sup. Hamazah Abdul Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menjelaskan mayat mangsa kini berada di Hospital Tampin untuk urusan selanjutnya. –Sarawakvoice