Hospital Petra Jaya “hospital sakit” perlu diberi rawatan!!

KUCHING: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kontraktor projek Hospital Petra Jaya diberi tempoh lanjutan sehingga penghujung 2018 menyiapkan projek tersebut.

“Hospital Petra Jaya ‘hospital sakit’, kena diberi rawatan, satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku,” ujar Subramaniam selepas mengadakan lawatan di Klinik Khusus Gigitan Anjing dan Wad Penyakit Berjangkit Hospital Umum Sarawak (HUS) di Dewan Persona HUS.

Subramaniam berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) lebih bertanggungjawab menyiapkan Hospital Petra Jaya beernilai RM500 juta itu dalam tempoh masa yang diberikan demi kebaikan penduduk Kuching dan keselesaan HUS.

Hospital Petra Jaya menempatkan 300 katil pesakit itu sepatutnya sudah disiapkan pada Jun 2017.

Oktober lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata JKR mengeluarkan notis penamatan kepada kontraktor terbabit ekoran kegagalan menyiapkan pembinaan mengikut jadual dan denda lewat bernilai RM9.219 juta dikenakan. — Sarawakvoice