Draf undang-undang berita palsu dibentang di Kabinet selepas Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata undang-undang mengekang berita palsu di laman internet dibentang di Kabinet selepas Tahun Baru Cina ini.

Perincian berita palsu serta hukuman yang sesuai dijatuhkan kepada penyebar berita palsu antara kandungan draf yang bakal dibentangkan.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Seminar dan Diskusi Khas Hala Tuju Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Azalina berkata, ada pihak turut membangkitkan penubuhan agensi khusus menilai berita palsu yang disebarkan.

Ada pihak turut mengutarakan perbezaan antara berita palsu dengan komen awam di media sosial turut diutarakan.

Azalina dalam ulasannya berkata, sebelum ke peringkat lebih jauh penggubalan, perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak termasuk NGO, wakil media, agensi undang-undang serta pemimpin masyarakat berkaitan undang-undang berita palsu tersebut. –Sarawakvoice