FAS siasat pemain ‘jual perlawanan’ punca tewas 2-3 kepada Felcra FC

0
7

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mendapat maklumat beberapa pemainnya terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan, hingga menyebabkan pasukan itu tumpas mengejut 2-3 kepada Felcra FC pada Jumaat.

Sarawak tewas kepada dua gol pada enam minit terakhir perlawanan biarpun telah mendahului 2-1.

Dalam kenyataannya lewat malam tadi, FAS memandang serius akan maklumat itu dan Presidennya, Datuk Posa Majais telah mengarahkan pengurus pasukan, Wahab Abdul Rahim mengetuai siasatan dalaman.

“FAS juga akan mengambil tindakan sewajibnya mengikut undang-undang.

“Sekiranya benar, pemain-pemain yang disyaki akan digantung daripada pasukan.

FAS turut memohon maaf atas kekalahan dan keputusan di luar jangkaan tersebut. — Sarawakvoice