KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) harus melupakan perbalahan demi perpaduan kepada Barisan Nasional (BN) Negeri memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Parti satu itu, pakailah baju kuning semua, jadi kita bersatu. Apabila bersatu, parti kita kuat dan Sarawak juga kuat…” ujar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi BN Negeri.

Bercakap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Abang Johari berharap kedua-dua parti dapat melupakan perbalahan.

Abang Johari yang juga Presiden PBB berkata, PBB berjanji terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, daripada 82 kerusi dipertandingkan BN memenangi 72 kerusi, dengan PBB menang semua kerusi. –Sarawakvoice