Thursday, December 9, 2021

Najib tunjuk komitmen perjuangkan hak Sabah, Sarawak

Secara Rawak

KINABATANGAN: Parti pembangkang di Sabah berjuang dengan berpaksikan emosi dan bukannya untuk membela hak rakyat negeri ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Pemimpin parti pembangkang di negeri ini hanya mengamalkan emosi. Tidak dipilih jadi calon dan tidak dilayan seperti diinginkan bertindak keluar parti,” kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Mereka tidak memahami perjuangan rakyat Sabah, bagaimana untuk mereka memperjuangkan hak-hak Sabah daripada kerajaan pusat,” katanya.

Salleh yang juga bendahari UMNO berkata demikian ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut di Dataran Terbuka Tongod dekat sini, semalam.

Salleh berkata berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini telah terbukti mampu menyuarakan hak rakyat Sabah kepada kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya Najib juga menghormati dan telah menunjukkan komitmen dalam memberi perhatian terhadap hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Ujarnya, Najib juga telah memberikan komitmen bahawa kalau ada hak Sabah yang terambil secara tidak sengaja oleh pihak kerajaan persekutuan akan dikembalikan kepada negeri itu.

Salleh berkata antara pengiktirafan diberikan oleh kerajaan pusat terhadap Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia adalah pelaksanaan cuti umum pada 16 Sept.

Beliau juga berkata pewujudan jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah dipengerusikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menunjukkan perhatian kerajaan pusat terhadap permintaan rakyat negeri ini.

“Kita di BN (Barisan Nasional) akan menentukan agar hak Sabah sentiasa diperjuangkan. Hak Sabah bukan milik pembangkang tetapi milik kita,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru