Thursday, September 29, 2022

Najib: Hubungan erat antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mudahkan rundingan hak dan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional Pusat percaya hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang kekal erat akan memudahkan perundingan tentang Perjanjian Malaysia.

Menurut Datuk Seri Najib Razak pintu rundingan sentiasa terbuka untuk membincangkan hal-hal perantara termasuk yang berkaitan dengan perjanjian berkenaan.

“Saya dan Abang Johari mempunyai hubungan yang istimewa. Jika ikutkan sejarah, bapa beliau dan bapa sayalah yang menandatangani Perjanjian Malaysia pada tahun 1963. Oleh itu, kami berdua mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan lagasi kedua-dua arwah ayahanda kami dalam memastikan aspirasi di bawah Perjanjian Malaysia terus dipelihara, ” katanya.

Najib berkata demikian dalam buku cenderamata Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (PBB) di sini, semalam.

Ujarnya, hak-hak Sarawak akan terus dihormati dan jika ada sebarang hakisan, beliau sebagai Perdana Menteri yakin segala usaha akan dilaksanakan untuk membetulkan apa yang salah.Najib merasmikan perhimpunan itu semalam.

Sementara itu, dalam ucapannya di majlis perasmian berkenaan, Najib berkata beliau ikhlas untuk mengembalikan ham Sarawak kepada rakyatnya.

“Saya telah ¬†berjanji jika kita terambil secara sedar atau tidak sengaja kuasa dan hak rakyat Sarawak, saya sedia kembalikannya kepada Sarawak,” tegasnya.

“Kita tak perlu ambil hak orang lain. Kita dalam satu keluarga. Yang penting Sarawak kekal dalam BN dan dalam Malaysia,” katanya lagi.

Kata Najib, Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan satu jawatankuasa peringkat tinggi untuk berunding dengan Sarawak tentang hak dan kuasa berkenaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru