Thursday, December 9, 2021

‘Mahukah rakyat Sarawak kembali diperintah Tun Dr Mahathir?’ tanya Najib

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Seri Najib Razak bertanya kepada rakyat Sarawak, adakah mereka mahu kembali ke zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal dengan pemerintahan menggunakan undang-undang, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memenjarakan lawan politiknya.

“Mungkinkah harimau dahan mengubah belangnya? Bolehkan harimau dahan yang tua mengubah belangnya,” kata Pengerusi Barisan Nasional itu.

Maksudnya, jejak boleh dihilangkan, belang bagaimana boleh dihilangkan?
Rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati.

Najib berkata demikian dalam Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-14 di BCCK di sini, semalam.

“Kita hendak ke hadapan. Kita mahu bergerak ke hadapan. Bolehkah seorang yang berusia 93 tahun menjadi wajah masa depan Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan yang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Tun Mahathir, 93, telah memerintah negara selama 22 tahun dan terkenal dengan pemerintahan kuku besinya.

“Kita ada kepemimpinan yang baik. Kita dapat beri masa depan yang lebih baik seperti yang rakyat mahukan, untuk Sarawak dan Malaysia,” tegas Najib yang telah mengunjungi Sarawak sebanyak 59 kali selama menjadi Perdana Menteri sejak 2009. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru