Monday, November 28, 2022

Lembu lahirkan kura-kura, kambing lahirkan ular

Secara Rawak

JAKARTA: Rimin Nggadu dari kampung Hutabohu, Limboto Barat, Indonesia memberitahu lembu peliharaannya melahirkan seekor anak sekitar 8 malam.

Namun, mengejutkan dia mendakwa terdapat objek hitam yang turut keluar dari rahim lembunya itu semasa proses kelahiran dan disahkan sebagai kura-kura kecil.

Memetik laporan Liputan6.com, Rimin memanggil beberapa jiran menyaksikan peristiwa luar biasa itu.

Kini kura-kura tersebut dipelihara di rumah dan diberi makan sayur-sayuran.

Ketua Daerah Limboto Barat, Hasni D. Lamanasa ketika ditemui Liputan6.com berharap orang ramai tidak mengaitkan peristiwa itu dengan perkara mistik bimbang ia menjadi syirik.

Sebelum ini pada 2014, berlaku peristiwa kambing melahirkan ular di Kompleks Griya Oebelo, Kupang Tengah, Kabupaten Kupang.

Kambing betina warna coklat milik Ambrosius Garda, 52, melahirkan seekor anak kambing jantan bersama-sama seekor ular.

Sekitar 30 minit kemudian, Ny Hermin jiran belakang rumahnya, menjerit-jerit sambil memanggil namanya memberitahu ada seekor ular berkulit bintik-bintik hitam bercampur putih berbaring dekat perut kambing betina.

Kambing itu menjilat-jilat tubuh ular yang dipenuhi lendir ketuban sambil ia bergilir-gilir menjilat-jilat lendir melekat pada tubuh anak kambing dan ular itu.

Ambrosius mengaku ular itu dilahirkan bersama-sama anak kambing jantannya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru