Jet F-16 Israel ditembak jatuh: Israel panas, tegang, dua kali serang Syria

0
8

MOSCOW: Hubungan Israel tegang dan memanas dengan Syria dan Iran selepas gerila pro-Iran di Syria menembak jatuh pesawat jet F-16 milik Israel.

Israel melancarkan serangan balasan lewat udara ke Syria sepanjang Sabtu.

Sementara, sekutu Syria, Presiden Rusia Vladimir Putin meminta semua pihak menahan diri.

Mantan ejen KGB itu menelefon Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyampaikan pandangannya berkaitan situasi memanas di Syria itu.

Menurut TASS pada Ahad, Rusia meminta agar semua langkah yang menyebabkan konfrontasi berbahaya di kawasan sempadan dielakkan.

Kredit foto : Syrian Arab Army

Netanyahu menegaskan Israel berhak mempertahankan diri daripada serangan Syria.

Ketegangan bermula selepas drone milik Iran ditembak jatuh oleh pasukan di sempadan Israel-Syria didakwa melanggar kedaulatan udara Israel.

Insiden tersebut dibalas Syria dengan menembak jatuh jet tempur F-16 milik Angkatan Udara Israel.

Juruterbang berjaya keluar menggunakan payung terjun di utara Israel meski mengalami kecederaan teruk.

Israel menyerang fasiliti pertahanan udara Iran dan Syria.

Pengaruh Iran musuh ketat Tel Aviv semakin besar di Syria membuat Israel semakin waspada.

Sementara, seperti biasa Amerika Syarikat bersuara memihak sekutunya Israel, menyokong penuh langkah Israel memerangi ancaman musuhnya.

Jurucakap Pentagon mengungkapkan peerkara itu, selepas Israel mengaku menghancurkan 12 sasaran Iran dan Syria termasuk sistem pertahanan udara Syria.

Serangan balasan Israel ini dianggap sebagai “serangan paling penting” terhadap Syria sejak Perang Lubnan 1982, kata ketua angkatan darat Israel, Tomer Bar.
Israel melancarkan serangan kedua di Syria dengan lapan sasaran, antaranya ialah sasaran dekat kota Damsyik.

Tehran dipercayai mengirim penasihat tentera, sukarelawan serta ratusan orang bergabung dalam Pengawal Revolusioner Iran di luar negara.

Iran juga didakwa membekalkan ribuan tan senjata dan peralatan tentera membantu pasukan Syria di bawah kepemimpinan Presiden Bashar al-Assad dan Hizbullah pro-Iran, yang berjuang menyokong Syria. –Sarawakvoice