Monday, November 28, 2022

Kereta tiba-tiba terbang ke udara seperti kehilangan graviti, tonton video

Secara Rawak

Berlegar di media sosial sejak semalam, sebuah rakaman video “kereta berterbangan” didakwa kehilangan tarikan graviti di bandar kecil di China yang tidak dinamakan.

Video tersebut bertajuk “Car Loosing Gravity” diposkan di akaun WTF dan sudah ditonton hampir 58,000 netizen.

Car loosing Gravity

Car loosing Gravity : This happened yesterday in a small town of China

Posted by WTF on Friday, February 9, 2018

Berita ini tidak disahkan kebenarannya oleh sebarang sumber dengan kebanyakan netizen yang semakin berhati-hati dengan gosip di alam maya, tidak mempercayai rakaman ini.

Ada yang mempertikaikan, kenapa rakaman ini “tidak sampai ke hujung” secara menyeluruh menunjukkan kejadian berkenaan?

Ada juga netizen yang cuba berjenaka mengatakan: “Graviti di China juga murah”.

Di Youtube, video ini diedarkan bertajuk “Aliens Attack – Cars Losing Gravity in China”

Memang terdapat banyak peristiwa pelik dilaporkan berlaku di China dan dianggap misteri.

Sebahagian kejadian tersebut dirakam berdasarkan kejadian benar berlaku, namun punca peristiwa tersebut berlaku tidak seperti yang didakwa oleh perakam atau admin yang mengeposnya.

Masih ingat kejadian beberapa kereta terangkat ke udara yang juga berlaku di China di jalan sibuk Xingtai, Hebei pada 2015 seperti paparan video ini:

Berita CNN 2015 sudah memberi jawapan bagi kejadian dianggap “aneh” seolah-olah ditarik oleh kuasa misteri yang tidak kelihatan itu.

Menurut CNN, mereka yang berada di tapak kejadian mengetahui punca hal tersebut berlaku disebabkan terdapat kawat kabel yang jatuh di jalan raya tersebut.

Kawat tersebut menegang sehingga berupaya mengangkat kenderaan yang kelihatan seperti “terbang” pada rakaman video.

Bertuahnya, tiada sesiapa cedera atau terbunuh dalam kejadian yang tular di media sosial dan sudah ditonton ramai warta net itu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru