Monday, June 27, 2022

Tiada konspirasi jejak MH370: Liow dedah ada dua tentera laut M’sia dalam Seabed Constructor

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kapal Seabed Constructor yang disewa syarikat Ocean Infinity dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, dikatakan padam daripada pantauan radar satelit dalam tempoh tiga hari, 1-4 Februari lepas.

Hal ini dianggap satu misteri dan konspirasi dalam masyarakat atas talian.
Namun, bagi Menteri Perhubungan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang penting daripada semua itu ialah operasi pencarian MH370 terus berlangsung sukses.

“Kami sedar banyak orang mengikuti pergerakan Seabed Constructor, jadi ketika transponder dimatikan, tentu ramai tertanya-tanya,” menurut Liow itu semua normal.
“Jika mereka ingin mematikan radar, mereka berhak berbuat begitu,” ujar Liow dipetik The Star pada Khamis.

Liow turut menyatakan kapal Seabed Constructor ketika ini menuju Pelabuhan Fremantle, Australia untuk mengisi bahan bakar.Selepas ini, kapal Norway itu kembali meneruskan operasi.

Menurut beliau, Jabatan Penerbangan Awal (DCA) akan memberikan maklumat terperinci kepada media berkaitan perkembangan terbaru misi pencarian MH370.

Liow turut mendedah bahawa terdapat dua anggota Angkatan Laut Malaysia berada di kapal tersebut dan sentiasa menghantar laporan harian kepada DCA.

Menurut Liow, DCA mengelola pusat operasi dan semua orang boleh melihat seluruh maklumat misi seperti objek yang ditemui dari dasar laut.

Misi penjejak menggunakan lapan kenderaan bawah laut dengan setiap misi meliputi pencarian di kawasan seluas 1,000 kilometer persegi sehari.

Ocean Infinity menawarkan khidmat mencari MH370 selama tiga bulan dan mereka hanya perlu dibayar sekiranya beraya menemukan pesawat malang itu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru