Sunday, September 25, 2022

PBB bincang usul MA63

Secara Rawak

KUCHING: “Kita akan bincangkan usul Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara terbuka.

“Ini kerana kita mahu suara mengenai MA63 ini datangnya daripada ahli parti dan rakyat, bukan hanya diperjuang oleh Presiden parti, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Stephen Rundi Utom petang semalam.

Beliau bercakap demikian pada sidang media mengumumkan Perhimpunan Agung PBB ke-14 yang bermula hari ini.

Menurutnya, usul lain yang turut dibincangkan adalah berkaitan Ekonomi Digital dan Pendidikan.

Jelasnya seramai 2,621 perwakilan dan pemerhati akan menyertai Perhimpunan Agung tersebut.

Perasmian perhimpunan ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada esok.

Abang Johari pula dijadualkan merasmi Perhimpunan Pemuda dan Wanita pada jam 10 pagi hari ini. –Sarawakvoice.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru