Tuesday, October 4, 2022

Mesej salah kepada dunia penjarakan Rafizi, kata Wan Azizah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan mahkamah memenjarakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memberi mesej yang salah kepada dunia tentang pembocor maklumat skandal kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ini ialah satu hipokrasi, di mana mereka yang berjuang demi rakyat dan keadilan dizalimi.

“Keputusan terhadap Rafizi dan Johari ini adalah satu kezaliman yang nyata. Kita perlukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersama dalam perjuangan melawan kezaliman dan menegakkan keadilan buat Rafizi, Johari dan semua yang dizalimi di bumi tercinta ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafizi dan Johari didakwa pada 2012 mengikut Seksyen 97 Bafia kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank berkaitan NFC dan pengerusinya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, suami Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil.

“Seperti yang semua tahu, Rafizi beberapa tahun lalu telah menggemparkan negara dengan maklumat salah laku dan penyelewengan wang rakyat melalui projek National Feedlot Corporation (NFC),” ujarnya.

“Namun, hingga kini, belum ada sebarang sabitan atau hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan skandal besar NFC ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan memenjarakan Ahli Parlimen Pandan itu ialah satu bentuk kemunafikan kerana penyangak sebenar dalam skandal itu masih bebas.

Rafizi dan bekas kerani bank Johari Mohamad semalam dihukum penjara selama 30 bulan selepas disabitkan dengan kesalahan membocorkan data perbankan akaun National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Sesyen dalam penghakimannya berkata pendakwa berjaya membuktikan tertuduh melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin pada RM15,000. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru