Tuesday, June 28, 2022

Kerani bank tipu pelanggan warga emas, lakukan 103 transaksi haram RM53 ribu di Limbang

Secara Rawak

LIMBANG: Seorang kerani bank, ‘kaya sebentar’ dengan duit orang lain apabila melakukan pecah amanah terhadap wanita warga emas di sini pada tahun lalu.

Akibat perbuatan liciknya itu, warga emas terbabit kerugian sehingga RM53,870.64.

Kerani bank terbabit bagaimanapun berjaya ditangkap dan pada semalam membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini.

Pengakuan itu dibuat terhadap 103 pertuduhan pecah amanah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Hafizi Abdul Halim.

Hafizi bagaimanapun menetapkan 9 Februari bagi menentukan hukuman terhadap tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja di Maybank Cawangan Limbang telah mendaftarkan akaun Maybank2u mangsa yang berusia 68 tahun menggunakan telefon bimbit peribadinya pada 3 April 2017.

Perbuatan tertuduh didakwa memudahkan dia memindahkan wang dari akaun mangsa secara dalam talian sebanyak 103 transaksi, melibatkan kerugian keseluruhan RM53,870.64.

Suspek kemudian didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Bermula 18 Julai hingga 28 Ogos 2017, pihak polis telah menerima 103 laporan ke atas suspek dan telah melakukan siasatan lanjut sebelum menahannya. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru