KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri hari ini memaklumkan sebanyak 55 sekolah di seluruh negeri terpaksa ditutup berikutan musibah banjir.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Banjir Negeri, Ismail Mahedin berkata, penutupan ini menyebabkan sejumlah 6,637 pelajar dan 857 guru serta 332 bukan guru terlibat tidak dapat ke sekolah.

“Daripada jumlah itu, 13 sekolah terletak di Selangau; Limbang (12); Mukah (8); Dalat (7); Lawas (6); Baram (5); Samarahan (3); Bintulu (2) dan masing-masing sebuah sekolah di Serian, Julau dan Sebauh.

“Sebanyak 11 sekolah dijadikan pusat pemindahan iaitu SK Haji Bujang Rangawan; SK Mang; SK Haji Kelali Semera; SK Parish, Balingian; SK Tanah Putih dan SK Bukit Arip.

“Pusat Pemindahan lain ialah SJK (C) Tong Ah; SK Pangkalan Sorak Melayu; SK Menuang; SMK Julau No 2 dan SK Kuala Serupai.  Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak