Monday, November 28, 2022

Tabung Haji umum hibah 6.25 peratus

Secara Rawak

PUTRAJAYA:  Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia membabitkan  pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

Sebanyak  93 peratus daripada 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 akan mendapat manfaat  hibah tambahan berkenaan.

“Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji,” katanya ketika mengumumkan agihan hibah itu, di sini hari ini.

Pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan hibah TH 2017, Isnin ini.

Ujarnya, bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru