Thursday, June 30, 2022

Kepada individu, syarikat cuba elak cukai: LHDN akan ambil langkah tegas

Secara Rawak

SUBANG: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun ini akan mengambil  langkah tegas dalam usaha membanteras  pengelakan dan pelarian  cukai dengan memberi tumpuan terhadap individu dan firma yang melakukan salah laku itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN.

Menurut  Datuk Dr Sabin Samitah, kesalahan itu termasuk mereka yang terbabit dalam perancangan cukai secara agresif, secara tidak beretika menyalahgunakan peraturan cukai yang ditetapkan dan memanipulasi akaun mereka untuk memindahkan keuntungan mereka kepada bidang kuasa cukai rendah.

“LHDN memandang serius taktik itu, kerana ia mengurangkan pendapatan cukai negara dan menghantar isyarat negatif kepada pelabur berpotensi ke negara ini,” katanya.

Dr Sabin berkata LHDN akan terus mengambil langkah perlu untuk memastikan pembayar cukai dan orang awam melihat pihak berkuasa cukai itu sebagai entiti yang adil dan telus.

Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Ke-9 LHDN-Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)  2018 di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan CEO (Pematuhan) LHDN Abdul Manap Dim.

Seminar itu diadakan bertujuan memberikan perkembangan terkini isu semasa berkaitan cukai pendapatan kepada para perwakilan. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru