Friday, August 12, 2022

Banjir di Sarawak; Jumlah mangsa terus meningkat, 31 pusat pemindahan dibuka

Secara Rawak

KUCHING: Sehingga jam 8 pagi ini, sejumlah 4,887 mangsa banjir melibatkan 1,419 keluarga telah dipindahkan di seluruh negeri membabitkan 31 pusat pemindahan.

Berdasarkan maklumat Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, sembilan pusat telah dibuka di Bahagian Samarahan bagi menampung 534 keluarga dan 1,857 mangsa daripada 20 kawasan yang terjejas.

“Sejumlah 15 kawasan termasuk Kampung Slabi Plaman dan Sorak Melayu turut tenggelam menyebabkan 1,564 penduduk daripada 459 kampung terjejas di Bahagian Serian ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Jurucakap Sekretariat, Ismail Mahedin berkata, hanya satu pusat pemindahan dibuka di Bahagian Sri Aman membabitkan Dewan Serbaguna Dr Johnicol yang menampung 33 mangsa daripada 14 keluarga dari Rumah Buma, Entalun yang ditenggelami bah.

Sementara itu, sejumlah 388 mangsa daripada 119 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan di Bahagian Sibu bagi menangani lapan kawasan yang terjejas.

“Terdapat kesulitan untuk menghubungi Dewan SK Bukit Arip semalam berikutan laluan utamanya lumpuh dan tidak dapat dilalui semua kenderaan,” kata Ismail.

Di Bahagian Mukah, tiga pusat pemindahan diaktifkan bagi menampung 271 mangsa dan 84 keluarga dari tujuh kawasan terjejas manakala di Bahagian Bintulu, 504 mangsa daripada 145 keluarga dari 18 kawasan berlindung di dua pusat pemindahan.

Sebanyak dua pusat pemindahan kata Ismail, dibuka di Bahagian Limbang, bagi menangani tiga kawasan terjejas yang membabitkan 64 keluarga dan 271 mangsa. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru