Tuesday, May 11, 2021

Terpenjara dua tahun, Ahok mantan gabenor Jakarta, kini nekad ceraikan isteri curangnya

Mesti baca

AHOK atau nama sebenarnya BASUKI Tjahaja Purnama kini menjalani hukuman penjara dua tahun di Jakarta selepas disabit bersalah menghina Islam.

Kisah mahkamah mantan Gabenor Jakarta itu mendapat liputan meluas media Asia dan menjadi satu sejarah.

Kini, kisah Ahok, 51, bekas tangan kanan Presiden Joko Widodo (Jokowi) memasuki babak lain — ketika beliau terpenjara, muncul semula krisis rumah tangganya di media Indonesia dan Asia.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Januari lepas dari penjara Ahok nekad memfailkan perceraian terhadap isterinya, Veronica Tan gara-gara dituduh bermain kayu tiga dengan teman rapatnya bernama Julianto Tio.

Isterinya Veronica, 40, apatah lagi Ahok yang sedang terpenjara, kedua-duanya diam seribu bahasa tidak mengulas isu tersebut.

Namun adik kandung Ahok sendiri, Fifi Lety Indra yang juga peguamnya, tampil menjelaskan bahawa abangnya itu sudah lama bersabar dengan kerenah Veronica.

Menurut Fifi, Veronica dan Julianto sudah tujuh tahun menjalin hubungan sekitar 2010.

Ketika anak mereka sakit, Ahok meminta isterinya menjaga anak mereka di rumah, tetapi Veronica keluar dengan alasan mahu ke majlis di gereja.

Ahok melalui peguamnya memfailkan tuntutan cerai terhadap Veronica pada Januari lalu.

Isteri Ahok Jalin Hubungan Dengan Suami Orang

Sikap Veronica wanita yang dikahwininya pada 6 September 1997 itu, dicurigai Ahok sehingga hubungan Veronica-Julianto terdedah pada 2016.

Menurut Fifi, abangnya Ahok pernah bersemuka dengan ahli perniagaan bernama Julianto itu agar tidak mengganggu isterinya.

Ahok ditemani anak sulungnya Nicholas Sean, bertemu dan berbincang secara baik dengan Julianto agar melupakan Veronica.

Memetik Tribunnews, Fiti berkata, “bayangkan seorang gabenor datang merayu supaya isterinya tidak diganggu.

“Padahal waktu itu, Ahok adalah individu paling berkuasa di Jakarta. Kalau saya jadi Ahok, mungkin Julianto sudah hilang tanpa jejak,” tegas Fifi.

Isteri Kepada Skandal Veronica Jauh Lebih Jelita, Muda, Gebu, Berkulit Cerah

Anehnya, dalam dunia cinta yang diibaratkan buta itu, netizen membandingkan gambar isteri Julianto sendiri yang tular di media sosial sebagai “jauh lebih jelita” berbanding Veronica.

Isteri Julianto sendiri digambarkan sebagai berusia bawah 40 tahun, berkulit cerah dan gebu.

Kebanyakan netizen bingung memikirkan sikap Julianto yang terus memburu Veronica yang sudah beranak tiga hasil perkongsian hidup bersama Ahok — sedangkan dia sendiri sudah mempunyai seorang isteri yang cantik di dalam tangan.

Selepas memperlahan aksinya, Julianto kembali mengejar Veronica dan hubungan mereka masih terjalin.

Kemuncaknya, menurut Fifi ketika Ahok menjalani hukuman penjara, pada 12 November  2017, Veronica dan Julianto dilihat bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan di Singapura.

“Kejadian itulah yang membuat Ahok nekad mahu menceraikan isterinya,” kata Fifi seperti dilaporkan Tribunnews.

Proses sidang perdana tertutup berkaitan tuntutan cerai Ahok terhadap Veronica di Mahkamah Negeri Jakarta Utara, pada Rabu, 31 Januari lepas bagaimanapun tidak dihadiri oleh kedua-duanya.

Justeru, perbicaraan kes ditunda esok hari, 7 Februari 2018. — Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru